Sekarang musim hujan.Cukup lebat.Ramai budak tak datang sekolah.

Senin, 05 Oktober 2009

PMR


Esok 7 okt 09 bermulalah peperiksaan PMR.Ia akan berakhir pada 13 okt 09.Adakah Izzati anak sulung mampu meraih kejayaan cemerlang sepertimana UPSR dulu?.Harapan dan doa sahaja mampu dibuat setakat ini.Usaha sudah.Akhirnya tawakal.Malam ini bersama beberapa orang kawan buat solat hajat,khusus untuk Izzati dan umumnya semua yang mengambil peperiksaan PMR dapat kejayaan cemerlang.Kejayaan cemerlang,masa depan gemilang.

Senin, 28 September 2009

Adilfitri 2009


Raya tahun ni seronok juga.Konvoi ramai-ramai jalan rumah adik beradik.Raya ketiga hari selasa 22.9.09 ke Alor Setar.Mula kerumah MakCik Mariah di Lubuk Merbau,kemudian ke rumah sepupu bapa di Pendang.Ke rumah Pak Cik Selim di Padang Sanai,kemudian ke rumah Mak Su Jerah di Kuala Nerang dan akhirnya ke rumah Pak Tih Bukhari di Derang.

Bersama Tok Cik Babu di rumahnya,Batu
Feringgi.
Raya ke lima iaitu hari khamis 24.9.09 ke Peneng.Mula-mula ke rumah Mak Chak di Tawar kemudia ke rumah Tok Cik Babu di Batu Feringgi Pulau Pinang.





Lukman dengan Hakimi di Batu Feringgi









Lukman dengan Hakimi naik kuda di Batu Feringgi.










Farhin dengan Maizatun



















Bersama Alia di atas feri










Lukman Hakim














Alia atas dukung ibunya dan yang berbaju putih ialah Auni.


























































































































Senin, 07 September 2009

HINI

Entah apa bala pula HINI ni.Sebelum ini ada macam-macam wabak tetapi tidak setakut wabak HINI ni.Penyakit ni mudah merebak.Batuk dan bersin saja boleh sangkut.Nak jalan mana-mana kena pakai topeng.Hah kacau betul.Tah macamana doktor dan nurse di hospital tu kerja,kena pakai topeng sepanjang kerja.kita pakai tak sampai sepuluh minit pun dah rimas.Pada 24.8.09 baru-baru ni ada seorang pelajar SMKTP meninggal disebabkan HINI ni.Sayang dan sedih sungguh rasanya sebab budak kelas cedik iaitu 1 Anggerik.Tapi nak buat macamana ajal dah sdampai.Alfatihah kepada arwah.

Kamis, 13 Agustus 2009

IMPIAN

Saya selalu memimpikan kejayaan masadepan anak-anak.Semua anak-anak kalau boleh akan mengikuti pengajian perubatan,pergigian atau farmasi.Bidang ini mempunyai masadepan yang cerah.Bila tamat pengajian mereka akan berkhidmat dengan kerajaan.Setelah beberapa tahun berkhidmat dengan kerajaan mereka boleh buka kelinik sendiri.Satu impian besar saya ialah mereka adik beradik nanti dapat bersatu dan membina sebuah hospital pakar di negara ini.Nur Izzati akan menjadi Pengarah hospital dan pakar jantung,Nur Liyana pakar tulang,Nur Farhin pakar telinga,tekak dan hidung,Luqman pakar otak dan Alia pakar sakit puan.Kemungkinan juga antara mereka yang akan jadi pakar pergigian dan farmasi.
Impian ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.Ia memerlukan kesungguhan ,ketekunan dan sikap tidak putus asa terutama dalam pelajaran.Contohilah mereka yang berjaya dalam pelajaran seperti Mardihah(21 A) dan Amalina(17 A) .Satu faktor yang perlu dijauhi ketika belajar diuniversiti iaitu terlibat dengan politik.Banyak pelajar melayu yang kecundang dalam pelajaran kerananya.Dalam politik Kita perlu ambil tahu mengenainya,bukan melibatkan diri hingga menjejaskan pelajaran.Dalam soal ini ramai pelajar tersilap,mereka menyangka orang yang tidak melibatkan diri dalam politik sebagai orang yang tidak berjuang,tidak islamik.Akhirnya mereka lebih sibuk berpolitik hingga mengabaikan pelajaran.Bila diumumkan pelajar terbaik maka yang tersenarai adalah bangsa-bangsa lain.Kita hanya boleh gigit jari.Justeru bila kita berada diuniversiti fokus utama kita ialah kecemerlangan akademik.Yang lain adalah sampingan.kita pasti akan berjaya.

Selasa, 28 Juli 2009

Relex keluarga

Duduk relex di Bendang Man,Sik pada Hari keluarga SMKTP 2009











Sekali sekala ke Bukit Merah



Di pintu masuk Bukit Merah










Hantu air,Awin dg Lukman.Tak leh tengok air,kira nak mandi.Dirakam di Bendang Man 2009.

Kamis, 16 April 2009

hidup saya

nama saya ialah nur liyana binti mohd basir.sekarang ini saya berumur 13 tahun(mude lagi tu).saya ni x matang lagi.saya ni boleh kata separuh matang,separuh budak.sekarang ni saya mengaji kat SMK Baling.kalau nk tengok gambar saya bolehla layari "Basir..... "lepas tu x tau.setakat ni saje la coretan saya.

Sabtu, 11 April 2009

persaraan


kelmarin adalah hari persaraan cg md san